Nama Tempatan:Limau Purut
Nama Saintifik:Citrus Hystrix
Nama Lain:Kaffir lime
Famili:Rutaceae
Lokasi dijumpai: perkarangan rumah, kebun,ladang
Rempah Asal: Asia
Keterangan:
Tumbuhan dari keluarga sitrus.
Kegunaan:
- Banyak digunakan dalam masakan dan kosmetik
- Buah & daun limau purut dapat mencegah binatang berbisa seperti ular jika diupar-upar.
- Untuk menghilangkan bau badan (bagi lelaki la terutamanya budak lelaki) masa mandi gosok limau purut yang telah dibelah dua pada seluruh badan kecuali pada bahagian muka. Amalkan dua kali seminggu. Insya Allah bau badan lelaki yg hamis dan hapak akan kurang dan hilang.
- Untuk menghilangkan kelemumur, ramas dan lumurkan limau purut yang telah dibelah pada rambut.
- Untuk menegangkan dan melicinkan kulit muka, ambil putih telur ayam kampung dan dicampur dengan perahan air limau purut dan sapukan pada muka macam pakai masker. jangan ketawa atau bercakap semasa memakai ramuan ni nanti kulit berkedut. selepas kering, cuci dengan air suam dan kemudian bilas dengan air biasa (air sejuk/ air paip). amalkan sekali seminggu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan