Rabu, 26 Ogos 2015

AMALAN NENEK MONYANG



Nama Tempatan: Kari
Nama Saintifik: Murraya Koenigii
Nama Lain: Karipulei, curry leaves
Famili: Rutaceae
Lokasi dijumpai: Diperkarangan rumah
Keterangan
Pokok kari ialah sejenis pokok renek yang mempunyai ketinggian antara 0.9 hingga 6 meter.Ia biasa ditanam dihalaman rumah kerana kegunaan sebagai rempah dalam masakan terutamanya dalam masakan kari. Daun kari mempunyai bau yang kuat dan mempunyai rasa agak pahit. Daun ini mempunyai banyak kegunaan bagi masyarakat india kerana ia tidak hanya digunakan dalam masakan kari tetapi dalam masakan lain seperti rasam, chutney , murukku dan sebagainya lagi. Berasal dari India dan Srilanka tumbuhan ini akan hidup subur dalam zon tropika. Tumbuhan ini agak lasak walaupun sebenarnya ia menyukai tanah yang subur dan kaya dengan mineral.Bunganya kecil berwarna putih kekuningan dan buahnya juga kecil berwarna hijau ketika muda dan ungu setelah matang. Ia membuak melalui biji benih, keratan batang dan anak yang tumbuh dari akarnya.Selain ditanam di halaman rumah kerana daunnya ia juga ditanam sebagai tumbuhan hiasan.

Khasiat Daun Kari
Hasil kajian mendapati Daun kari mengandungi:
66.3% kelembapan
2.6.1% protein
1.0% lemak
16.0% karbohidrat
6.4% fiber
Mineral dan vitamin seperti kalsium, fosforus,zat besi,asid nikotinik dan vitamin C.
Ia juga mengandungi volatile oil dan sejenis glukosid yang dipanggil koenigiin.


PENYAKIT TURUN-TEMURUN (DIABETIS)

Jika keluarga anda mempunyai masalah turun menurun penyakit diabetis cuba:
1. Amalkan memakan pucuk daun kari selama 3 bulan tanpa memasak atau merebusnya.
2. Amalkan memakan pucuk daun kari buat sebagai ulam. Insya-Allah akan sembuh penyakit tersebut.
3. Air rebusan kulit batangnya yang kering dapat digunakan untuk mengubat diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis yang disebabkan oleh keturunan dan kegemukan.
Peringatan

Jika kita merebus daun atau pucuk daun kari 60 darjah Celcias, ini akan memusnahkan
kandungan enzim dan menjadikan ianya tidak berkesan.Jangan amalkan cara sedemikian.Adalah lebih baik memakan mentah seperti anda makan salad atau pegaga kerana ia akan tercerna dalam abdomen anda secara Bio. Ianya terbukti berkesan.
Selain dari artikel saya ini, dan jika ingin maklumat lebih lanjut bacalah melalui laman web yang lain untuk menambahkan pengetahuan andan. Saya juga pernah terbaca salah seorang rakan pengamal ubatan tradisional/asli ini telah menyuruh mertuanya yang mengidap diabetis selama 2 tahun mengamalkannya. Ternyata keberkesanan amalan ini dan apa yang lebih menakjubkan lagi perubahan bacaan pada tahap 9 telah menurun kepada 5 iaitu diparas normal. Paras normal adalah 8 ke bawah....INSYALLAH

KHASIAT PERUBATAN YANG TINGGI
Daun kari mempunyai khasiat perubatan yang tinggi dan digunakan dengan meluas dalam perubatan india.
1. Ia dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta
mengatasi masaalah penghadaman.
2. Ia juga boleh digunakan sebagai laksatif(julap) lemah untuk mengatasi masalah sembelit.
3. Jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening terutamanya akibat makan lemak yang berlebihan.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis.
4. Jus daun kari yang dicampur dengan madu juga dapat menjadi penawar kepada cirit birit dan buasir.
5. Daun kari juga dapat mencegah uban. Amalan memakanya tidak perlu direbus kerana akan mematikan kandungan enzim dan menjadi tidak berkesan.
6. Buahnya yang didihkan dengan minyak kelapa hingga kehitaman boleh dihancurkan dan digunakan untuk merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa.
7. Daunnya yang dihancurkan dan dijadikan pes boleh digunakan untuk merawat lebam dan bengkak dengan cara menampalnya pada bahagian yang sakit itu.


Setiap kelahiran manusia diiringi oleh jin.Jin inilah nanti akan mengikuti ke mana saja kita pergi sehinggalah ke akhir hayat kita.Di sini saya ingin berkongsi sedikit tentang amalan yang perlu kita lakukan dalam kehidupan seharian kita.
1. Amalan memberi salam ketika memasuki rumah.Ini akan menghindarkan jin dari memasuki rumah sebelum kita.
2. Amalan sebelum tidur.Biasanya kita sering di ganggu oleh jin-jin ini di perantaraan tidur kita iaitu antara sedar dan tidak.Adakalanya kita terasa badan kita terbenam sukar untuk bangkit dari tidur kita.Oleh itu sebelum tidur hendaklah membaca ayatul Qudsi sebanyak 3x atau 7x tiupkan ke ibu jari kaki kita.INSYALLAH jin-jin/makhluk halus mahupun perbuatan khianat manusia tidak dapat mengapa-apakan
kita.
3. Terserempak dgn.Iblis/Syaitan/Pelesit/Polong. Sekiranya perkara tersebut tidak dapat dielakkan bacalah ayat 18 Surah: Yassin.INSYALLAH.Ertinya :
1. Dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
18. Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami bernasib malang Karena kamu, Sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan merajam kamu dan kamu pasti akan mendapat siksa yang pedih dari kami".


Seperti juga manusia mempunyai tempat kediaman sendiri begitu juga makhluk halus.Ada sesetengah mahkluk halus ini baik dan ada juga yang jahat.Tetapi kita perlu ingat semuanya adalah tergolong dalam keluarga iblis.Sejak awal lagi iblis ini telah dilaknat ALLAH s.w.t kerana sikap angkuhnya enggan tunduk dan patuh kepada perintah ALLAH s.w.t maka ia dilaknati sehingga ke hari kiamat tempatnya adalah neraka.Dan ia pernah berjanji kepada ALLAH akan menyesatkan seluruh umat manusia.Oleh itu hendaklah kita berwaspada selalu dan mempercayai bahawa ALLAH adalah satu-satunya tempat kita meminta dan yang kita sembah.
Biasanya manusia adalah amat lemah dan mudah mengalah dengan bisikan-bisikan Iblis yang sentiasa cuba menyesatkan kita.Sebagai contohnya kita hendakkan sesuatu dengan mudah dan cepat dengan tunduk kepada iblis ini maka terjadilah perkara-perkara yang khurafat di sisi ALLAH s.w.t.Hendakkan kaya percayakan iblis.Hendakkan cantik percayakan iblis.Hendakkan kuasa berkawan dengan iblis..begitulah kita yang bergelar manusia tidak pernah bersyukur dengan qada dan qadar yang telah ditetapkan.Janganlah kita lupa dan lalai bahawa kita mampu menyaingi ketinggian darjat malaikat dan jangan lupa pula kita boleh terjatuh ke bawah sehina-hina iblis yang terlaknat.
Mengapa kita tidak boleh berbuat amar maaruf sedangkan seluruh makhluk alam ini sentiasa bertasbih di sisi ALLAH s.w.t.


MISAI KUCING (ORTHOSIPHON STAMINEUS)
Perkongsian besama dan menurut pengamalnya:-
Khasiat misai kucing amatlah banyak seandainya di amalkan dengan cara yang betul.Ianya didapati boleh menyembuhkan panyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan juga gout.INSYALLAH sekiranya diamalkan boleh membantu menyembuhkan penyakit tersebut.
Cara-cara mengamalkannya:

1. Ambil daun-daunnya yang segar dalam
segenggam dan kemudian jemurkan sehingga kering,Bila sudah kering daun
itu direbus dengan tiga gelas air mentah sehingga pekat atau tinggal lebih
kurang segelas air mentah.Bila sudah suam minumlah sedikit demi sedikit
beberapa kali sehingga habis.
2. Akar dan batang pokok herba misai kucing
juga boleh merawat penyakit tersebut.Kaedahnya adalah tumbuk kedua-
duanya sehingga agak lumat.Kemudian, kisarkan dengan sedikit air dalam
beberapa saat.Air kisaran tersebut diambil dengan cara diperah atau tapis
kemudian dicampurkan dengan setengah air panas. Bila sudah suam,minumlah perlahan-lahan.



BUASIR DAN STROK

amat mujarab...amalkan meminum airnya ...
InsyaAllah akan pulih sedia kala..

Bunga Nenas Batu atau Bunga Kembang Setahun!!!

KITA pernah dengar dan lihat nenas batu ini tetapi tidak pernah ambil kisah kegunaannya. Kalau puteri raja mesir kuno biasa guna (cloepatra ?) tentu khasiat dia amat besar untuk wanita..


Nenas batu di Langkawi..

Antara khasiatnya;
1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.
2. Di dalamnya terkandung berbagai-bagai khasiat.
3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali
sahaja.
4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan
anak.
5. Melawaskan kencing.
6. Membantu melancarkan pembuangan angin.
7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.
8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah
sembuh.
9. Berkhasiat untuk digunakan menyembuhkan BUASIR.

CARANYA MENGGUNAKANNYA
1. Basuh sehingga cuci bersih.
2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.
3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).
4. Nenas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang
ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.
5. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila
dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis
dan boleh dibuang.
6. Nenas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.


KHASIAT DAN KEISTIMEWAN NENAS BATU (BUNGA KEMBANG SETAHUN)
Ianya juga berkhasiat bagi mereka yang menghidap BUASIR(Perempuan & Lelaki)

Cara-cara penggunaannya adalah seperti catatan terdahulu.
Insyallah amat mujarab...minum airnya dalam masa 1 minggu..
akan pulih sedia kala..




KHASIAT DAN RAHSIA NENAS BATU(BUNGA KEMBANG SETAHUN)MENURUT PENGAMALKANNYA

1. Mengecutkan rahim selepas bersalin, sekaligus menjadikan ibu-ibu awet muda.

2. Kalau rajin amal, tak perlu lagi jamu atau majun. Di dalamnya sudah terkandung
berbagai-bagai khasiat.

3. Bagi ibu yang baru bersalin, untuk mengecutkan perlu ambil seminggu sekali sahaja.

4. Boleh jadikan ubat untuk jarangkan anak – minum selama tempoh hendak menjarangkan
anak.

5. Melawaskan kencing.

6. Membantu melancarkan pembuangan angin.

7. Membantu ibu-ibu yang bakal menopause.

8. Bagi yang mengalami strok, minum dan sapukan pada tempat strok. Insya-Allah
sembuh.

9. Jika rajin diamalkan minum air nanas batu, Insya-Allah 20 tahun lagi pun masih
dara.

CARA-CARANYA

1. Basuh sehingga cuci bersih.

2. Rendam ke dalam jag berisi air panas.

3. Biarkan satu jam (sehingga buah itu tenggelam).

4. Keluarkan selepas tenggelam. Air tersebut boleh digunakan sehingga 3 hari.

5. Nanas batu yang sudah direndam jangan dibuang, jemur hingga kering di tempat yang ada cahaya matahari, minggu depan rendam lagi.

6. Buah ini bila direndam, kelopaknya akan tertutup rapat. Ia kembang kembali bila
dijemur. Jika kelopaknya tidak boleh kembang lagi, tanda khasiatnya sudah habis
dan boleh dibuang.

7. Nanas batu ini boleh digunakan sehingga setahun dan lebih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan