Khamis, 15 April 2010

KHASIAT CEKUR

CEKUR
(Perkongsian bersama berdasarkan pembelajaran secara tradisional, pengalaman dan perkongsian besama rakan-rakan yang mengamalkannya)




Nama Tempatan: Cekur
Nama Lain : Kencur (Indonesia), Pro hom (Thai), Lesser galanga, fingerroot (Inggeris)
Nama Saintifik: Kaempferia galangal L
Famili: Halia(zingiberaceae).
Lokasi dijumpai: Di perkarangan rumah ,kebun,ladang
Rempah Asal: Asia Kandungan Zat: Sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan  beberapa sebatian pati minyak yang lain.
     
      Cekur merupakan tumbuhan herba yang tiada berbatang. Tunas pokok tumbuh terus daripada hujung rizom (umbisi) yang mendatar dibawah permukaan tanah. Kebiasaanya setiap pokok terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur. Bunganya berwarna putih keunguan. Di Negara kita tanaman ini dikenali sebagai kencur. Tumbuhan ini mudah ditanam sama ada diatas tanah atau didalam pasu. Kebiasaannya cekur dibiak daripada rizomnya. Daun cekur biasanya luruh apabila kemarau. Tetapi jika kita memerlukan rizom yang banyak cekur perlu mendapat cahaya matahari sepenuhnya. Rizom yang matang dapat diperolehi diantara 8 hingga 10 bulan. 

KEGUNAAN DAN KHASIATNYA
       Cekur mempunyai banyak khasiat. Rizomnya mempunyai aroma yang lembut. Mengikut analisis kimia rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati seperti sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain. Baunya yang tersendiri dapat membezakan dengan jelas antara cekur dan halia. Cekur banyak digunakan sebagai perasa makanan dan ramuan dalam penyediaan ubat tradisional. Daunnya juga digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti kembung perut, batuk, perut memulas, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan lain-lain. Untuk tujuan tersebut biasanya bahagian rizom dimakan secara segar. Sesetengah orang lebih gemar meminum air perahan rizom bagi mengubati penyakit tersebut. Rizom cekur juga banyak digunakan dalam ramuan jamu yang terdapat dipasaran. Selain itu kajian awal untuk menguji keberkesanan ekstrak rizom cekur sebagai ubat penyakit lelah telah menghasilkankesan yang positif. Orang melayu zaman dahulu menggunakan rizom cekur, jerangau dan rempah-rempah lain untuk mengubati demam malaria. Pada peringkat tertentu daun cekur berserta daun intaran dan garam digunakan untuk menyembuhkan penyakit yang sama.

UBAT RESDUNG 
       Rizom cekur, cekur jerangau dan akar bunga susun kelapa juga dijadikan ubat penyakit resdung. Masyarakat cina juga banyak menggunakan rizom cekur dalam ramua ubat tradisi mereka. Rizom yang matang dibersihkan dan dipotong besar sebesar satu sentimeter. Kemudian rizom tadi dilunturkan dengan asap selama satu hari sebelum dikeringkan. 

RAWATAN SAMPINGAN
 1.Rizom cekur juga boleh digunakan untuk mengubati sakit gigi, menghilangkan kelemumur dan membunuh kutu kepala.
2.Rizom cekur juga boleh digunakan untuk menyembuhkan pe nyakit selesema dengan cara menghidu
rizomnya. Air rizom cekur juga digunakan untuk menyembuhkan luka dalam perut dan sebagai ramuan dalam tonik.
3. Rizom cekur juga boleh digunakan untuk jamu bagi senak perut, membuang angin, sakit sendi serta melancarkan haid.
4. Ia juga digunakan untuk melegakan batuk, mengurangkan bengkak dan dibuat bedak untuk merawat jerawat.
5. Daunnya yang muda dimakan sebagai ulam atau dibuat kerabu. Rizomnya juga digunakan sebagai ramuan masakan. Daripada laporan yang diperolehi nyatalah bahawa cekur merupakan sejenis tumbuhan ubatan yang paling popular digunakan oleh berbilang masyarakat di Nusantara.  

AMALAN SELEPAS BERSALIN 
       Di Negara kita dan juga jiran kita Indonesia, cekur diamalkan secara tutun-temurun oleh kaum wanitanya. Mereka menggunakan cekur dalam semua ramuan ubatan tradisional. Wanita selepas bersalin menggunakan rizom cekur untuk memanaskan bahagian perut, bengkak dan kebas otot. Rizom cekur juga digunakan sebagai tonik selepas bersalin bagi mengecutkan rahim.

KESIMPULAN
      Sesungguhnya ALLAH itu maha kaya dan maha pengasih.Setiap kejadian mempunyai keistimewaannya tersendiri. Didapati bahawa banyak tumbuhan yang hidup dimuka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri di dalam mengubati pelbagai penyakit. Terdapat sesetengah masyarakat tidak mengetahui akan kegunaan dan khasiat tumbuh-tumbuhan tersebut di dalam bidang perubatan. Oleh yang demikian tumbuh-tumbuhan yang ada dimuka bumi ini tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja. Kita sebagai makhluk yang tinggal dimuka bumi ini sewajarnya mengkaji akan kegunaan tumbuhan tersebut kerana ia mungkin akan mendatangkan faedah kepada kita dan juga kepada generasi akan datang dalam dunia perubatan.

Rabu, 14 April 2010

KHASIAT DAUN SIRIH



Nama Tempatan: Daun sirih
Nama Saintifik: Chavica aurculata Miq
Nama Lain: Piper betle L
Lokasi dijumpai: perkarangan rumah, kebun,ladang
Rempah Asal: Asia

Daun sirih sangat popular di kalangan masyarakat kita. Kerap kali, tumbuhan memanjat ini dijumpai di halaman rumah. Cukup dengan menggunakan sokongan(berlian) dan diberi cukup air, tanaman ini boleh tumbuh dengan baik di tempat panas mahupun di tempat yang terlindung.

Ada beberapa jenis sirih yang terkenal di dalam masyarakat kita. Misalnya, sirih jawa (daun lebih lembut, kurang tajam, hijau rumput), sirih belanda (daun besar, hijau tuam rasa dan bau tajam dan pedas), sirih cengkeh (kecil, daun kuning, rasa seperti cengkeh), sirih kuning, dan sirih hitam.

 KHASIAT DAUN SIRIH
Sirih sangat kaya dengan kandungan zat berkhasiat. Di antaranya, minyak atsiri, hidroksikavicol, kavicol, kavibetol, allylpyrokatekol, cyneole, caryophyllene, cadinene, estragol, terpennena, seskuiterpena, fenil propana, tanin, diastase, gula, dan pati.

KHASIAT PERUBATAN YANG TINGGI 
Kesan khasiat yang terkandung di dalam daun sirih adalah merangsang saraf pusat, merangsang daya pikir, meningkatkan gerakan peristaltik, merangsang kejang, meredakan sifat mendengkur. Daun sirih memiliki efek mencegah ejakulasi prematur, mematikan jamur Candida albicans, anti kejang, analgesik, anestetik, pereda kejang pada otot polos, penekan pengendali gerak, mengurangi sekresi cairan pada liang vagina, penekan kekebalan tubuh, pelindung hati, dan antidiare.

Tanaman sirih juga diketahui boleh mengatasi batuk, bronchitis, menghilangkan bau badan, mengobati luka terbakar, mimisan, bisul, mata gatal dan merah, koreng dan gatal-gatal, menghentikan pendarahan gusi, sariawan, menghilangkan bau mulut, jerawat, keputihan, dan mengurangi produksi air susu ibu yang berlebihan.

 BATUK DAN BRONCHITIS
Untuk mengubati batuk, ambil sebanyak 15 lembar daun sirih direbus dengan tiga gelas air hingga tersisa 3/4-nya, minum dengan madu. Obat bronchitis, sebanyak tujuh lembar daun sirih dan gula batu satu potong direbus dengan dua gelas air hingga tersisa satu gelas, minum sehari 3 X 1/3 gelas.

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Untuk menghilangkan bau badan, ambil lima lembar daun sirih direbus dengan dua gelas air hingga menjadi satu gelas, minum siang hari.

PENYAKIT-PENYAKIT LAIN DAN LUKA RINGAN
1.Ubat luka terbakar, sediakan daun segar diperah airnya, ditambah sedikit madu, bubuhkan di tempat yang luka bakar.
2.Mimisan, sediakan daun yang agak muda satu lembar dilumatkan, digulung untuk menyumbat hidung berdarah.

3.Bisul, sediakan daun sirih secukupnya dicuci bersih, digiling menjadi halus, dioleskan pada bisul dan sekelilingnya, dibalut. Sehari diganti dua kali.

4.Mengatasi mata gatal dan merah, sediakan lima sampai enam lembar daun direbus dengan satu gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas air sampai mendidih. Setelah dingin untuk cuci mata dengan memakai gelas cuci mata. Sehari tiga kali sampai sembuh.

5.Untuk koreng dan gatal-gatal, sediakan sebanyak 20 lembar direbus, saat hangat dipakai untuk cuci.

6.Menghentikan pendarahan gusi, sediakan daun empat lembar direbus dengan dua gelas air, dipakai untuk kumur.

7.Ubat sariawan, seidakan daun sirih segar sebanyak satu sampai dua lembar dibersihkan, dikunyah sampai lumat, ampasnya dibuang.

8.Untuk menghilangkan bau mulut, sebanyak dua sampai empat lembar daun diremas, lalu diseduh, dipakai untuk kumur.

9.Ubat jerawat, sediakan tujuh sampai 10 lembar daun sirih ditumbuk sampai halus, kemudian diramas/rendam dengan dua gelas air panas. Airnya dipakai untuk mencuci muka yang berjerawat. Sehari dilakukan dua sampai tiga kali.

 10.Ubat keputihan, sediakan sebanyak 10 lembar daun direbus dengan 2,5 liter air, hangat-hangat dipakai untuk mencuci liang kemaluan.

11.Untuk mengurangi produksi ASI yang berlebihan, sediakan beberapa lembar daun sirih disapukan dengan minyak kelapa, hangatkan di atas api hingga menjadi layu, hangat-hangat tampalkan di sekitar payudara yang bengkak..... 

Selasa, 13 April 2010

KHASIAT LIMAU PURUT

Nama Tempatan:Limau Purut
Nama Saintifik:Citrus Hystrix
Nama Lain:Kaffir lime
Famili:Rutaceae
Lokasi dijumpai: perkarangan rumah, kebun,ladang
Rempah Asal: Asia

Keterangan:

Tumbuhan dari keluarga sitrus.

Kegunaan:

  1. Banyak digunakan dalam masakan dan kosmetik
  2. Buah & daun limau purut dapat mencegah binatang berbisa seperti ular jika diupar-upar.
  3. Untuk menghilangkan bau badan (bagi lelaki la terutamanya budak lelaki) masa mandi gosok limau purut yang telah dibelah dua pada seluruh badan kecuali pada bahagian muka. Amalkan dua kali seminggu. Insya Allah bau badan lelaki yg hamis dan hapak akan kurang dan hilang.
  4. Untuk menghilangkan kelemumur, ramas dan lumurkan limau purut yang telah dibelah pada rambut.
  5. Untuk menegangkan dan melicinkan kulit muka, ambil putih telur ayam kampung dan dicampur dengan perahan air limau purut dan sapukan pada muka macam pakai masker. jangan ketawa atau bercakap semasa memakai ramuan ni nanti kulit berkedut. selepas kering, cuci dengan air suam dan kemudian bilas dengan air biasa (air sejuk/ air paip). amalkan sekali seminggu.